My Add

Tuesday 19 February 2013

MADA bakal bina kilang pemprosesan padi sendiri

JITRA, ISNIN 18 Februaru, 2013: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengenalpasti beberapa kawasan di daerah Kubang Pasu untuk membina kilang pemprosesan padi sendiri.

Dengan memiliki kilang serta lesen pemborong sendiri, MADA boleh memproses dan menjual padi dengan harga yang lebih baik kepada petani dan rakyat negara ini.

Kilang itu juga dapat memproses produk-produk lain yang berasaskan beras dan mungkin boleh dieksport ke luar negara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum.


Beliau berkata, kilang yang akan dibina tidak lama lagi dengan harga kurang dari RM10 juta itu adalah antara perancangan di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA).

"Di bawah NKEA, MADA menerima peruntukan RM2.2 bilion dan daripada jumlah itu, kami akan guna kurang daripada RM10 juta untuk bina kilang proses padi," katanya kepada pemberita selepas majlis Kempen Pengurusan Perosak Tanaman Padi kawasan Muda di projek estet padi NKEA Pelubang PPK H-II Kepala Batas di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan adanya kilang itu, pembungkusan akan dilakukan oleh MADA sendiri, sekali gus mengelakkan dengan orang tengah dan petani juga boleh menghasilkan benih padi sendiri tanpa bergantung kepada syarikat swasta.

"Sekarang ini lebih 60 peratus benih padi dibekalkan syarikat swasta. Jadi kita nak buat benih padi kita sendiri kerana kualitinya lebih terjamin," katanya. 

Beliau berkata, pada masa ini MADA sudah memproses padi dengan jenama Kedah Rice, yang mempunyai kualiti setaraf beras lain di pasaran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment