25 juta pelancong lawat Malaysia tahun lepas-Ng Yen Yen
GEORGETOWN, AHAD, 03 Februari, 2013: Malaysia merekodkan ketibaan 25,032,708 pelancong asing sepanjang tahun lepas berbanding 24,714,324 pada 2011, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Katanya sektor pelancongan negara menjana perolehan RM60.6 bilion tahun lepas berbanding RM58.3 bilion pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata negara juga mencatat pertumbuhan dua angka dalam ketibaan pelancong dari negara serantau, jarak sederhana dan jarah jauh seperti Iraq, Nepal, Filipina, China, Japan, Vietnam, Arab Saudi serta Kazakhstan.
"Pasaran Asean menyumbang ketibaan pelancong terbesar iaitu 75.1 peratus dirangsang dengan pelbagai tawaran kompetetif syarikat penerbangan tambang murah seperti AirAsia, Mandala Airlines, SEAir dan Tiger Airways selain kewujudan produk pelancongan baru seperti Johor Premium Outlet dan Taman Tema Legoland," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment