My Add

Monday 4 February 2013

Lebih 100,000 jayakan My Beautiful Malaysia peringkat Kelantan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

 *MUSTAPA Mohamed bersama-sama kira-kira 20,000 belia menyertai program membersihkan pantai dan aktiviti lain selepas beliau merasmikan pelancaran program My Beautiful Malaysia di Dataran Perahu, Pantai Irama, Bachok hari ini. - UTUSAN/IRWAN MAJID

BACHOK, AHAD, 03 Februari, 2013: Lebih 100,000 rakyat Kelantan termasuk penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar sekolah serta institut pengajian tinggi menyertai program 'My Beautiful Malaysia' yang diadakan di 47 lokasi di seluruh negeri ini.

Daripada jumlah itu, kira-kira 20,000 orang hadir pada pelancaran 'My Beautiful Malaysia' peringkat negeri yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pantai Irama di sini pagi ini.

Antara aktiviti telibat untuk program gotong-royong tersebut ialah membersih pantai, perkuburan, masjid, pasar awam, persekitaran bandar dan destinasi pelancongan.

Mustapa yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, ia merupakan gerakan yang amat penting bagi memupuk budaya kesukarelaan dalam kalangan rakyat di negara ini khususnya Kelantan. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment