*SEBAHAGIAN 5,000 rakyat Kedah menyertai program jelajah bermotosikal menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu anjuran Perkasa Kota Setar di Hadapan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah hari ini. - UTUSAN |
ALOR SETAR, SABTU,, 23 Februari, 2013: Kira-kira 5,000 rakyat negeri ini menyertai program jelajah bermotosikal menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kota Setar hari ini.
Kesemua peserta yang berkumpul di hadapan Masjid Zahir mula bergerak kira-kira pukul 10.30 pagi dan konvoi dijangka berakhir di Dewan Putri Lindungan Bulan di Padang Sera, Jerlun kira-kira pukul 1 petang ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment