My Add

Sunday 3 February 2013

508,275 penduduk Kedah terima BR1M 2.0

*MOHD. Johari Baharum (tiga dari kanan) membantu seorang warga emas Abdul Latih Mat, 76, membuat proses semakan nama untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sambil diperhatikan anaknya Amree Abdul Lateh, 40, (dua dari kanan) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, hari ini. - UTUSAN/SHARIZA ABDULLAH

KUBANG PASU, SABTU, 02 Feb Seramai 508,275 orang penduduk di negeri ini menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) melibatkan peruntukan sebanyak RM219.5 juta yang mula diagihkan kepada penerima hari ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, jumlah penerima itu meningkat sebanyak 39.97 peratus atau 145,143 orang berbanding tahun lalu seramai 363,132 orang berikutan tambahan pemohon baharu dan invividu bujang yang layak.

''Bantuan diagihkan secara serentak di kesemua 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah yang dijangka selesai 28 Februari ini.

''Penerima digalak hadir sendiri ke majlis yang dianjurkan bagi memudahkan urusan pemberian bantuan,'' katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyampaian bantuan BR1M 2.0 peringkat Parlimen Kubang Pasu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment