My Add

Sunday 3 February 2013

Rumah mampu milik generasi kedua FELDA dimulakan bila-bila masa - Isa

Add caption*MOHD. ISA Abdul Samad (tiga dari kiri) menyampaikan Sumbangan Zakat Felda Global Venture (FGV) kepada wakil Rumah Anak Yatim sekitar Ampangan selepas merasmikan Pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Dato' Shahbandar, Ampangan di Seremban hari ini. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN, SABTU, 02 Februari, 2013: Program perumahan mampu milik untuk generasi kedua FELDA dijangka dimulakan pada bila-bila masa sahaja dengan lokasi pertamanya di FELDA Padang Piol, Jerantut.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, buat permulaan 26 unit rumah akan dibina di lokasi itu sebelum ia diperluas ke kawasan FELDA lain di seluruh negara.

"Ini merupakan projek perintis kita di mana kawasan tanah di FELDA tersebut sudah dikenal pasti dan rumah mampu milik yang dibina berasaskan sistem binaan berindustri (IBS).

"Bagi kawasan-kawasan lain kita sedang mengenal pasti tanah dan menumpukan pada tanah milik FELDA yang tidak digunakan dan jumlah unit yang akan dibina bergantung kepada keluasan tanah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Daerah Mengundi Taman Dato" Shahbandar, Ampangan, di sini malam tadi.

Mohd. Isa berkata, menerusi projek pertama ini, FELDA akan mengenal pasti kesesuaian binaan rumah berasaskan IBS ini dan akan menerima pandangan generasi kedua nanti selepas mereka mendiami rumah tersebut.

Beliau berkata, projek itu akan mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan di kawasan FELDA yang tertentu bergantung kepada keadaan struktur tanah.

"Sekiranya kawasan rumah yang hendak didirikan melibatkan kawasan lereng bukit, paya dan sebagainya, ada juga kawasan tanah FELDA yang berubah bentuk, ia akan mengambil masa sedikit untuk (melaksanakan) projek ini.

"Kita akan lebih menumpukan kepada kawasan yang tidak bermasalah bagi mengurangkan kos infrastruktur, dan harga rumah akan diputuskan selepas mengambil kira kos infrastruktur itu," katanya.

Menurut Mohd. Isa, bagi projek perintis di FELDA Padang Piol, harga rumah dijangka akan ditawarkan sekitar RM75,000 ke RM80,000, iaitu jauh lebih murah berbanding harga pasaran rumah yang berkeluasan sama.

Pada majlis itu, Mohd. Isa turut menyampaikan zakat FELDA Global Venture Holding sebanyak RM50,000 kepada tiga rumah kebajikan anak yatim di sekitar Ampangan, iaitu Rumah Anak-anakku Sayang, Rumah Anak Yatim Al-Khair dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment