My Add

Tuesday 12 February 2013

74 anggota ATM sertai eksesais bersama di Thailand

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Februari, 2013: Seramai 74 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Eksesais Cobra Gold 13 (CG13) yang berlangsung di Chiang Mai, Thailand dari 1 sehingga 21 Februari ini.

Eksesais atau latihan bersama itu turut melibatkan anggota angkatan ketenteraan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), Thailand, Korea Selatan, Jepun, Singapura dan Indonesia.

Latihan berkenaan yang dianjurkan untuk tahun ke-32 bertujuan meningkatkan kerjasama serta mewujudkan pasukan pelbagai negara dalam aspek operasi ketenteraan dalam misi bantuan kemanusiaan.

Penglibatan ATM di dalam eksesais terbesar di rantau ini meliputi staff perancang di dalam gerakan multinasional (MNF), Latihan Taktikal Lapangan - Operasi Pemindahan Bukan Tempur (FTX-NEO), seminar kepimpinan kanan (SLS), Program Kejuruteraan Sivik dan sebagainya.

Kumpulan pertama ATM yang terdiri daripada 10 anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) terlibat dengan Program Kejuruteraan Sivik telah ditempatkan di Chiang Mai bermula 1 Februari lalu bagi membantu pembinaan bilik darjah serta kemudahan sebuah sekolah.

Pasukan kesihatan ATM yang terdiri daripada pegawai perubatan, pergigian dan veterinar pula telah memulakan program kesihatan pada 5 Februari lalu di seluruh daerah Chiang Mai termasuk di Trat dan Phitsanulok dengan bergerak dari satu penempatan ke penempatan lain.

Sementara itu, anggota terlibat dengan FTX-NEO yang berbentuk operasi bukan tempur tertumpu kepada latihan, ditempatkan di Pattaya bermula 13 Februari hingga 17 Februari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment