My Add

Tuesday 12 February 2013

Ketua Puteri UMNO yakin rakyat Sabah pilih kerajaan BN

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Februari, 2013: Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya rakyat Sabah akan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN)yang stabil, bijak serta sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, pakatan pembangkang tidak akan dapat mentadbir negeri itu dengan baik kerana isu yang kecil seperti pembahagian kerusi di Sabah sudah menjadi satu isu yang besar dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Oleh itu, konflik mengenai pembahagian kerusi pakatan pembangkang perlu dijadikan loceng amaran kepada rakyat kerana perkara itu menunjukkan pakatan pembangkang mempunyai banyak ideologi berbeza dan cara pentadbiran yang berlainan.

"Bagaimana mereka (pakatan pembangkang) hendak menyelesaikan perkara lain sekiranya perkara kecil seperti ini pun tidak dapat diselesaikan. Rasa tidak puas hati di antara parti pembangkang mengenai isu kerusi hanyalah adalah satu bayangan kecil yang rakyat Sabah seharusnya pandang secara serius," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengulas isu pembahagian kerusi pakatan pembangkang di Sabah yang masih belum dapat diselesaikan.

Katanya, BN sudah bersedia menghadapi sebarang tentangan demi kepentingan dan masa depan rakyat Sabah dan akan mempertahankan kesemua kerusi di Sabah demi masa depan generasi muda di negeri itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment