My Add

Sunday 24 February 2013

800 masyarakat Cina, Siam terima sumbanga

 *IKMAL Hisham Abdul Aziz memberi angpau kepada warga emas dan ibu-ibu tunggal Parlimen Tanah Merah sempena Sambutan Tahun Baharu Cina dan penyampaian sumbangan anjuran MCA Tanah Merah di SJKC Yok Cheng, Tanah Merah, semalam.

TANAH MERAH, SABTU, 23 Febrari, 2013: Seramai 800 warga emas serta ibu tunggal dari kaum Cina dan Siam di daerah ini menerima penghargaan daripada UMNO Bahagian Tanah Merah sempena sambutan Tahun Baharu Cina apabila setiap seorang menerima sumbangan dan angpau sebanyak RM100.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagaian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan penyampaian sumbangan anjuran MCA Tanah Merah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Cheng, di sini malam tadi.

Pada majlis tersebut, Ikmal Hisham turut menyampaikan sumbangan RM30,000 untuk membaik pulih dewan masyarakat yang baharu disiapkan serta sumbangan RM15,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Yok Cheng. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment