My Add

Sunday, 24 February 2013

Pembinaan kompleks jabatan kebudayaan, tiada prinsip dilanggar - Rais

KOTA BHARU, SABTU, 23 Februari, 2013: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menjelaskan, tidak ada prinsip yang telah dilanggar dalam pembinaan Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan di Tanjong Chat di sini.

Beliau menegaskan, pembinaan kompleks tersebut dibuat setelah pihak kementerian mengadakan perundingan dengan Sultan Kelantan pada 2006 (ketika itu Sultan Ismail Petra) dan kerajaan negeri ketika itu mematuhi perkenan yang diberikan oleh baginda.

"Sebagai membuktikan keikhlasan kita, saya sendiri menulis surat kepada Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) agar hadir (majlis perasmian) ataupun wakil beliau.

"Saya dapati kerajaan negeri tidak menghantar sesiapa pun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan (JKKNK), Tanjong Chat di sini hari ini. - UTUSAN  

No comments:

Post a Comment