My Add

Thursday 7 February 2013

ADUN Kulim pertahan anjur konsert Tahun Baharu Cina

ALOR SETAR, RABU, 06 Februari, 2013: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee hari ini mempertahankan tindakannya mengundang tiga penghibur wanita berpakaian seksi dalam satu konsert di Taman Sago, Kulim, Sabtu lalu.

Menurut wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini, beliau tidak menjemput pemimpin beragama Islam menghadiri majlis itu dan bagi kaum Cina, pakaian tiga penghibur wanita tersebut dianggap biasa.

"Pakaian penghibur itu bukan saya tetapkan, mereka dah pakai pakaian sebegitu pada konsert di tempat lain, jadi mengapa jadi isu politik pula bila saya anjurkan konsert ini.

"Saya juga tidak jemput pemimpin agama Islam kerana saya faham sensitiviti mereka, saya jemput Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ke majlis ini kerana mahu dia tahu garis panduan berpakaian bagi penghibur wanita yang mahu mengadakan persembahan sempena Tahun Baharu Cina," katanya di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment