My Add

Thursday 7 February 2013

Kerajaan tidak bankrap beri subsidi rakyat

BACHOK, RABU, 06 Februari, 2013: Kerajaan Pusat mempunyai dana yang cukup untuk menampung perbelanjaan subsidi rakyat, justeru negara ini tidak akan bankrap seperti yang didakwa pemimpin pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussain berkata, hasil cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM120 bilion tahun lalu serta sumber daripada Petronas sudah cukup untuk dibelanjakan bagi menampung subsidi rakyat.

Katanya, melalui pelbagai hasil yang diperolehi, kerajaan mampu berbelanja sebanyak RM30 bilion setahun untuk perbelanjaan subsidi tanpa menjejaskan akaun negara.

“Saya yakin ekonomi negara pada masa depan akan terus berkembang berikutan kemasukan pelabur asing yang terbaharu termasuk pelabur dari China melibatkan nilai pelaburan RM10.5 bilion di Pahang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment