My Add

Saturday 16 February 2013

Ahli Pas perlu sokong Majlis Syura

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Kesemua ahli Pas perlu menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah tidak boleh digunakan penganut agama lain selain umat Islam.

Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (gambar) berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa mengarahkan pihak luar mematuhi pendirian majlis itu berhubung perkara tersebut.

"Pendirian terkini Majlis Syura Ulama Pas dalam isu ini adalah jelas dan disokong 100 peratus ahli-ahli Pas.

"Terpulang kepada pimpinan tertinggi pakatan pembangkang mengubah pendirian yang diumumkan sebelum ini atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Johor mengulas desakan pelbagai pihak yang meminta Pas menyatakan pendirian sama ada parti itu kekal dengan persetujuan bersama pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah atau akur dengan ketetapan Majlis Syura Ulama Pas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment