My Add

Tuesday 5 February 2013


Aktiviti sukarelawan promosi sikap tanggungjawab, kerjasama, cintai negara

MELAKA, ISNIN, 04 Februari, 2013: Aktiviti sukarelawan membolehkan rakyat di negara ini mempromosikan sikap bertanggungjawab, berdisiplin, bekerjasama, cintakan negara dan prihatin kepada persekitaran.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia secara tidak langsung dapat memperluaskan hubungan atau jaringan kerjasama antara belia, pelajar, badan-badan sukarela, persatuan dan kumpulan sasaran.

Menurut beliau, program My Beautiful Malaysia yang mengumpulkan lebih 100,000 sukarelawan di negeri ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada gelombang semangat kesukarelaan yang berterusan bagi mencapai matlamat cintakan negara.

"Oleh itu, saya ingin menyeru terutama para belia agar nilai-nilai murni dan semangat sukarelawan dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak muda bagi memanfaatkan program yang telah diaturkan demi kebaikan semua," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment