My Add

Tuesday 5 February 2013

Bina segera bangunan baru Rumah Orang Tua Mahsan

*PENGHUNI Rumah Orang Tua Mahsan gembira dihiburkan dengan tarian singa di kediaman mereka di Jempol, Negeri Sembilan semalam.
JEMPOL. ISNIN, 04 Februari, 2013: Kerajaan negeri diharap dapat mempercepatkan pembinaan kediaman baharu bagi Rumah Orang Tua Mahsan dekat sini, agar kebajikan mereka dapat dijaga dengan sebaiknya.

Pengawai Khas Ketua MCA Bahagian Jempol, Kenny Siew Kok Fow berkata, pihaknya telah memanjangkan perkara itu kepada kerajaan pada tahun lepas dan kini masih dalam perbincangan.

"Bangunan sedia ada sudah uzur dan berusia lebih 50 tahun. Terdapat 14 penghuni yang tinggal di sini dan mereka mahukan kediaman yang lebih selesa," katanya selepas menyerahkan angpau kepada penghuni tersebut, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua MCA Bahagian Jempol, Datuk Lim Fui Ming. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment