My Add

Thursday 14 February 2013

Bab khas, pembangunan wanita dan keluarga dalam manifesto BN: Shahrizat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Barisan Nasional (BN) akan memasukkan satu bab khas, khusus untuk pembangunan wanita dan keluarga dalam manifesto parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perkara itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sangat mementingkan pembangunan wanita dan keluarga di negara ini.

"Kita amat gembira sekali, kita minta kepada Datuk Seri Najib dan beliau setuju kerana pada beliau dan BN, pembangunan wanita dan keluarga amat mustahak.

"Wanita bukan hanya separuh daripada pengundi, wanita juga menjadi rakan kongsi dengan kaum bapa dalam pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Mengenai dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungannya ke Sabah baru-baru ini bahawa BN tidak mendapat sokongan rakyat di Semenanjung, Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, ia suatu pembohongan dan fitnah pembangkang.

"Jentera Wanita turun padang dan (pergi) rumah ke rumah untuk melakukan kiraan pengundi dan melalui maklum balas yang kita terima, sokongan kepada Perdana Menteri dan BN semakin melonjak. Jangan dengar pembohongan pembangkang," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment