My Add

Sunday 3 February 2013

'Baling batu sembunyi tangan'

 *FATHUL Bari Mat Jahya (tengah) beramah mesra dengan orang ramai pada forum Bicara Minda bertajuk Melayu, Islam di Malaysia di Kota Bharu, malam kelmarin. - MINGGUAN/ROSNI MASRI

KOTA BHARU, SABTU, 02 Februari, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diibaratkan 'melontar batu sembunyi tangan' dengan ''melambungkan' isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu sehingga mengakibatkan percakaran antara umat Islam daripada pelbagai parti.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu seolah-olah mempunyai agenda tertentu apabila membangkitkan isu sensitif tersebut.

"Guan Eng ibarat melontar batu sembunyi tangan. Musibahnya, kita terus bercakaran sama ada menyokong dan membantah isu pengunaan kalimah Allah itu," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel dalam forum Bicara Minda bertajuk "Melayu, Islam di Malaysia' di sebuah hotel di sini malam tadi. - UTUSAM

No comments:

Post a Comment