My Add

Sunday 3 February 2013

Jangan terperangkap permainan politik DAP

MUAR, SABTU, 02 Februari, 2013: Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) mengingatkan umat Islam supaya tidak terus terjebak dengan perangkap DAP yang mahu melaga-lagakan mereka melalui isu kalimah Allah demi keuntungan politik parti itu.

Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, DAP berbuat demikian kerana mahu mengambil kesempatan atas percakaran umat Islam selain melemahkan orang Melayu supaya berpecah belah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Melalui strategi itu katanya, agenda DAP untuk menguasai tampuk pemerintahan negara semakin mudah kerana tiada parti politik Melayu yang benar-benar kuat dan peluang tersebut akan digunakan bagi merealisasi nafsu besar parti itu.

"Mereka yang merancang perkara ini sangat jahat, licik dan tidak pernah memikirkan rasa bersalah perbuatan itu terhadap orang Melayu yang selama ini terlalu banyak bertolak ansur dan tidak pernah mempermainkan agama bukan Islam," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment