My Add

Thursday 7 February 2013

Batalkan projek lebuh raya P. Pinang

Oleh ZABRY MOHAMAD

PULAU PINANG, RABU, 06 Februari, 2013: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa membatalkan cadangan pembinaan lebuh raya kerana kos tinggi yang terpaksa dikeluarkan untuk laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) berikutan projek tersebut berpotensi membawa impak besar.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, projek itu dilihat tidak sesuai disebabkan tanah untuk pembangunan di bahagian pulau sangat terhad.

Menurutnya, sebahagian lebuh raya dicadangkan akan merentasi tanah bukit yang sensitif sekali gus boleh menjejaskan alam semula jadi.

"Pembinaan laluan baharu akan menarik lebih banyak kenderaan dan menambah (kesesakan) lalu lintas. 

"Kita memerlukan strategi pengangkutan untuk menggerakkan orang ramai bukannya kenderaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment