My Add

Thursday 7 February 2013

AS mahu labur RM6b di Sabah

*MUSA Aman (kanan) mengadakan perbincangan kerjasama AS dan Sabah dengan Paul W. Jones di Kota Kinabalu, kelmarin.

KOTA KINABALU. RABU. 06 Februari, 2013: Amerika Syarikat (AS) berminat melabur sebanyak AS$2 billion (RM6 bilion) dalam penternakan udang galah yang diketuai syarikat Darden Inc. di Semporna, Sabah.

Perkara itu dinyatakan Duta Besar AS ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam pertemuan di pejabat beliau di Wisma Innoprise, di sini semalam.

Selain soal pelaburan, isu lain yang dibincangkan oleh kedua-dua pihak ialah pelan untuk mengadakan kerjasama dalam industri pelancongan dan pendidikan termasuk program pertukaran pelajar Sabah dan Amerika Syarikat.

"Saya menyukai Malaysia. Ia sebuah negara yang menarik. Saya sangat gembira selama berada di sini," katanya yang akan melakukan lawatan ke lima buah sekolah di negeri ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment