My Add

Wednesday 13 February 2013

Belanda gamit peluang R&D

Oleh Norlaili Abdul Rahman

*SETAKAT ini, terdapat 28 syarikat Malaysia sudah beroperasi di Belanda, negara yang terkenal dengan kincir angin. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Februari, 2013: Pelabur dan ahli perniagaan Malaysia digalak untuk merebut peluang pelaburan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersialan di Belanda.

Pengurus Projek, Agensi Pelaburan Asing Belanda (NFIA), Agnes Seah berkata, Belanda yang merupakan pintu masuk pasaran Eropah turut memiliki infrastruktur serta kemudahan logistik kepada pelabur tempatan, antaranya pelabuhan terbesar, beberapa lapangan terbang, laluan darat dan terusan.

"Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memulihkan krisis hutang Eropah dan ia menjanjikan satu prospek yang lebih baik.

"Bagi Belanda sendiri, kami baharu sahaja memiliki kepimpinan kerajaan baharu yang sangat proaktif di dalam menarik pelabur asing ke dalam negara dan pastinya banyak peluang yang boleh direbut pelabur serta usahawan Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment