My Add

Sunday 3 February 2013

Buku Dr. Mahathir dari perspektif masyarakat Islam China

*YUSUF Liu Baojun menunjukkan buku tulisannya berjudul Dr. Mahathir Mohamad with the Chinese Muslims di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Februari, 2013: Ketokohan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam memimpin serta membangunkan negara telah menarik minat banyak pihak luar termasuk masyarakat Islam di China bagi mendalami pemikiran dan mengetahui rahsia kejayaan tokoh dunia Islam itu.

Penulis buku Dr. Mahathir Mohamad with the Chinese Muslims, Yusuf Liu Baoqun berkata, bekas Perdana Menteri itu merupakan pemimpin yang sangat dikagumi, malah menerusi kepimpinannya selama ini telah berjaya membawa Malaysia menjadi negara yang dihormati terutama bagi dunia Islam.

"Sehubungan itu, buku ini ditulis berdasarkan pandangan masyarakat Islam di China tentang ideologi dan pemikiran Dr. Mahathir.

"Di samping tanda penghargaan dan mengimbas kembali perjalanan lawatan Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali ke komuniti masyarakat Islam di Yingchun, China pada tahun 2010," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Yusuf yang berasal dari sebuah bandar autonomi Islam di Zhang Jia Chuan Hui, China menambah, buku berkenaan diterbitkan dalam dua versi iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Buku itu diterbitkan Yayasan Pembangunan Buku Negara dan dijual dengan harga RM40 sebuah sempena Pesta Buku 1Malaysia yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sehingga 3 Februari ini.

Yusuf yang juga merupakan Felo Penyelidikan, Institut Pengajian China (ICS), Universiti Malaya berkata, sebelum ini dia pernah menghasilkan 14 buah buku, antaranya Masyarakat Cina Muslim di Rusia, Perkembangan Masyarakat China Muslim di Dunia dan A Glance at Chinese Muslim. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment