My Add

Sunday 3 February 2013

Pertandingan selawat atas bot semarak sambutan Maulidur Rasul

*ORANG ramai tidak melepaskan peluang melihat bot berhias dengan peserta yang terdiri dari pelbagai agensi kerajaan dan masyarakat setempat berselawat sambil menyusuri sepanjang Sungai Melaka dalam Pertandingan Selawat Nabi di dalam Bot Melaka River Cruise, Melaka, malam kelmarin. - MINGGUAN/AZLI AHAD

MELAKA, SABTU, 02 Februari, 2013: Dalam usaha menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Selawat Nabi di dalam Bot Melaka River Cruise.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pertandingan bersempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini itu bertujuan memperingati perjuangan Rasulullah sebagai contoh yang baik di muka bumi ini.

"Pertandingan ini juga diharap dapat memberi ruang kepada umat Islam untuk berfikir, bermuhasabah dan berusaha gigih demi kebaikan bersama," katanya dalam majlis perasmian pertandingan itu di Taman Rempah di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment