My Add

Sunday 3 February 2013

 Gempa bumi 6.9 magnitud gegar utara Jepun

TOKYO, AHAD, 03 Februari, 2013: Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggegar utara Jepun malam tadi menyebabkan gegaran di seluruh pulau Hokkaido tetapi tidak mengakibatkan tsunami atau laporan mengenai kerosakan, kata pihak berkuasa.

Data Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa itu didahului dengan amaran awal menerusi televisyen dan radio melanda bandar Obihiro pada kedalaman

103 kilometer pada jam 11.17 malam (waktu tempatan). Agensi Meteorologi Jepun pula berkata, tiada amaran tsunami akibat daripada gempa berkenaan dan stesen televisyen NHK melaporkan polis di Hokkaido memaklumkan tiada laporan kerosakan atau kecederaan.

Gangguan bekalan elektrik turut berlaku di beberapa kawasan dan sejumlah laluan lebuh raya ditutup. - AFP 

No comments:

Post a Comment