My Add

Sunday 3 February 2013

Wartawan warga Malaysia ditembak mati di Lubnan

 Claudia Theophilus. 
          
 KUALA LUMPUR, AHAD, 03 Februari, 2013:: Warga Malaysia, Claudia Theophilus, 42, penerbit Al-Jazeera English online, ditembak mati di Baakleen, kawasan pergunungan di Lubnan pada kira-kira jam 2.30 pagi (waktu Lubnan) semalam.

Beliau dikatakan bersama dua rakan. Salah seorang daripada mereka melaporkan kepada polis yang kemudiannya memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di Beirut.

Polis tempatan menahan kedua-dua mereka yang bersama mangsa untuk disoal siasat dan siasatan pihak berkuasa mendapati bahawa kejadian itu adalah sesuatu yang tidak disangka. - Agensi

No comments:

Post a Comment