My Add

Tuesday 5 February 2013

DAP digesa segera serah dokumen kepada ROS

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Februari, 2013: DAP digesa mengemukakan penyata kewangan dan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) secepat mungkin agar siasatan dapat dijalankan berhubung kesilapan pengiraan undi pada pemilihan CEC 15 Disember lalu.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, apabila kesemua dokumen tersebut diserahkan, siasatan menyeluruh mengikut prosedur boleh dijalankan oleh ROS.

“Sebagai sebuah pertubuhan yang sentiasa melaungkan hal ketelusan dan demokrasi, DAP perlu tampil menyerahkan segala dokumen yang diperlukan ROS.

“Keengganan berbuat demikian seolah-olah menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh DAP daripada pengetahuan umum," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment