My Add

Tuesday 5 February 2013

Shahrizat cabar pemimpin pembangkang kekal kawasan pada PRU ke-13

KUCHING, ISNIN, 05 Februari, 2013: Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mencabar pemimpin pembangkang untuk terus bertanding di kawasan Parlimen yang dikuasai mereka melalui Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Cabaran itu dibuat Shahrizat kerana rekod pemimpin pembangkang menunjukkan ramai yang kerap 'lari' ke kawasan lain dalam PRU seterusnya.

“Selepas empat ke lima tahun gagal berbuat apa-apa mereka tukar kawasan lain. Mereka takut dihukum oleh rakyat," katanya ketika merasmikan Program Gagasan Aspirasi Wanita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment