My Add

Saturday 2 February 2013

Dedah syarikat penerima tanah

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Kerajaan Pas Kelantan diminta tidak berdiam diri berhubung desakan pelbagai pihak agar mendedahkan senarai syarikat yang menerima tanah untuk pembalakan dan pembangunan ladang komersial serta jumlah keluasan yang diberikan.

Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar), Kamarudin Kasim berkata, sikap berdiam diri membuatkan kemarahan rakyat semakin meningkat kerana tanah melambangkan maruah dan harga diri mereka.

Beliau berkata, rakyat perlu tahu kesemua fakta tersebut kerana ia merupakan harta negeri ini yang dimiliki oleh rakyat manakala Pas yang menjadi kerajaan hanya diberi tugas untuk mengurus.

"Kami hairan kenapa terlalu susah sangat untuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan senarai syarikat atau jumlah keseluruhan tanah yang 'diserahkan' itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment