My Add

Saturday, 2 February 2013

'Guan Eng dalam dilema'

PULAU PINANG, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Ketua Menteri, Lim Guan Eng dipercayai berada dalam dilema untuk memenuhi keperluan rakyat dan menjaga hati golongan peniaga khususnya pemaju sehingga terpaksa meletakkan harga siling rumah mampu milik yang tidak munasabah iaitu RM400,000 seunit.

Yang Dipertua Komuniti 1Malaysia Daerah Barat Daya, Datuk Shah Headan Ayoob Shah yakin Guan Eng menyedari bahawa golongan berpendapatan sederhana termasuk kakitangan awam tidak mampu untuk memiliki rumah jenis itu pada harga sedemikian.

Bagaimanapun jelas beliau, demi meneruskan kelangsungan karier politiknya di negeri ini, Setiausaha Agung DAP itu terpaksa meletakkan syarat sedemikian walaupun ia pahit untuk diterima rakyat miskin.

"Guan Eng sebenarnya berdepan masalah psikologi. Dia cukup yakin rakyat menyokong kepimpinannya dan pada masa sama dia perlu menjaga hati para peniaga. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment