My Add

Saturday 16 February 2013

Dr. Mahathir bimbang kelemahan orang Melayu

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan beliau terhadap kelemahan permuafakatan dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Jelas beliau, terlalu banyak perpecahan dari segi perpaduan dalam politik berlaku dalam kaum berkenaan terutama sejak kebelakangan ini.

"Perkara ini menyebabkan kuasa kaum itu semakin lemah.

"Kuasa merupakan faktor yang penting kerana tanpanya kita tidak sampai ke tahap ini. Sewaktu hendak capai kemerdekaan dulu pun kita bermatlamat mendapatkan kuasa," katanya dalam Majlis Makan Malam Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), di sini malam ini.

Yang turut hadir, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Dalam perkembangan lain, Dr. Maharhir yang juga Penaung Ikhlas mengingatkan usahawan Melayu meningkatkan kemampuan dari segi pengurusan kewangan perniagaan yang disifatkan aspek paling lemah dalam golongan itu ketika ini.

Dalam masa sama, beliau menyeru usahawan Melayu memandang serius potensi perniagaan masing-masing supaya dapat dikembangkan sehingga ke pasaran antarabangsa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment