My Add

Saturday 16 February 2013

Pimpinan masjid perlu tegur pihak kelirukan akidah umat Islam

Oleh KAMIL MASLIH

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Feruari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru pimpinan akar umbi masyarakat terutama di peringkat masjid menegur mana-mana pihak yang mengelirukan ajaran sebenar akidah Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan landasan perjuangan negara yang selama ini berasaskan undang-undang dan hukum agama Islam tidak dipinda sesuka hati mengikut kepentingan situasi atau bagi tujuan politik.

Menurut beliau, usaha membina dan memajukan negara yang manfaatnya dinikmati umat Islam dan bukan Islam tidak sepatutnya terganggu dan digugat pihak tidak bertanggungjawab berkenaan.

“Perkara ini harus diberi perhatian dan peranan pemimpin di peringkat akar umbi, apatah lagi yang menjaga masjid-masjid sebagai simbol perpaduan umat Islam, boleh membantu bukan hanya setakat melihat tetapi juga menegur," katanya ketika berucap dalam program turun padang di Taman Tun Dr. Ismail, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment