My Add

Saturday 9 February 2013

Dua diberkas, dadah RM500,000 dirampas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Februari, 2013: Polis percaya dapat melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah di ibu negara ekoran tertangkapnya dua lelaki tempatan dalam dua serbuan berasingan di Jalan Bukit Bintang di sini pada Rabu dan Khamis lalu.

Dalam serbuan pertama di Jalan Walter Grainer, Bukit Bintang kira-kira pukul 4 petang, sepasukan anggota dari Jabatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur berjaya menahan seorang lelaki berusia 39 tahun bersama dadah jenis syabu seberat 2,010 gram di dalam sampul berwarna coklat.

Dalam serbuan kedua pada keesokannya, seorang lagi lelaki berusia 51 tahun ditahan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, nilai rampasan dadah dari kedua-dua lelaki tersebut dianggarkan bernilai RM500,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment