My Add

Saturday 9 February 2013

Wakil jawatankuasa disiplin di setiap bahagian UMNO

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Februari, 2013: Seorang wakil Jawatankuasa Disiplin akan dilantik di bahagian-bahagian UMNO sebagai usaha mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj dari dalam parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, wakil yang dipilih itu akan ditapis dalam kalangan tujuh perwakilan bahagian yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO November lalu.

Menurut beliau, pelantikan itu akan dilaksanakan Jawatankuasa Disiplin UMNO yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail dan wakil yang dipilih pula merupakan ahli yang tidak mempunyai jawatan dalam parti.

"Perkara ini akan diumum ke bahagian-bahagian, ada wakil Jawatankuasa Disiplin pantau keadaan dan buat laporan berkenaan tindakan merosak atau khianati parti dan diambil tindakan seberapa segera yang boleh," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment