My Add

Wednesday 6 February 2013

Ella tidak mahu campuri urusan kakak

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

 SAIDATULNISA AMINUDDIN
 KUALA LUMPUR, RABU, 06 Februari, 2013: Ratu rock tanah air, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, enggan memberikan sebarang komen berhubung perihal peribadi yang membabitkan ahli keluarganya.

Kata Ella, apa yang dilalui oleh kakaknya, Saidatulnisa, tidak ada kena mengena dengan dirinya.

“Saya tidak mahu mencampuri atau memberi sebarang komen berhubung urusan peribadi orang lain.

“Apatah lagi saya sendiri kurang jelas dengan perkara tersebut kerana baru sahaja pulang ke tanah air daripada urusan kerja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Ella berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Mastura Othman, isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Zakaria Abdullah yang mengaitkan kakaknya itu yang juga jurumekap artis sebagai punca perceraian mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment