My Add

Wednesday 6 February 2013

Tahun Baharu Cina: JPJ tingkat penguatkuasaan

JOHOR BAHRU, RABU, 06 Februari, 2013: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri melancarkan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Pengarahnya, Johari Yusof berkata, Ops Tahun Baharu Cina itu dimulakan sejak 3 Februari lalu sehingga 17 Februari ini.

Beliau berkata, selain mengurangkan kadar kemalangan dan kematian jalan raya, operasi itu bertujuan meningkatkan kesedaran pemandu agar lebih berhati-hati semasa di jalan raya dengan mematuhi undang-undang dan peraturan sepanjang tempoh musim perayaan ini.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pengguna yang melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan," katanya dalam sidang akhbar semasa menyertai operasi pemeriksaan bas ekspres di Larkin Sentral malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment