My Add

Saturday 23 February 2013

Empat kaki pancing dilaporkan hilang di laut

KUANTAN, SABTU, 23 Februari, 2013: Empat lelaki dilaporkan hilang selepas keluar memancing di perairan negeri ini sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kesemua mereka dilaporkan hilang selepas berlepas dari Jeti Sungai Kuantan di sini, menaiki sebuah bot jenis kaca fiber pada pukul 5 petang.

Beliau berkata, empat `kaki pancing’ yang dilaporkan hilang itu ialah Baheruzaman Yusof, 40; Ayzzat Rahmat Yaakop, 40; Rahmat Chik, 51, dan seorang lagi dikenali hanya sebagai Karim yang belum diketahui umarnya.

"Sehingga kini, empat pemancing terbabit masih gagal ditemui dan polis bersama agensi mencari dan menyelamat lain sedang berusaha mengesan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh polis bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment