My Add

Saturday, 23 February 2013

Pusat akan terus bantu rakyat Kelantan - Mustapa

PASIR PUTEH, SABTU, 23 Februari, 2013: Rakyat Kelantan akan terus menerima dan menikmati pelbagai bantuan daripada Kerajaan Pusat meskipun Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat tohmahan yang kesat terhadap langkah tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata, bantuan itu juga akan terus diagihkan secara sama rata tanpa mengira fahaman politik setiap individu.

Beliau berkata, kata-kata kesat yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz tidak akan mempengaruhi Barisan Nasional (BN) sebaliknya agenda pembangunan rakyat akan sentiasa diutamakan.

"Tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat. Kita bertanggungjawab
meringankan beban rakyat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi
wang kepada 35,000 rakyat Kelantan yang memerlukan.

"Mereka yang tidak mampu, terlantar di hospital, yang sakit kronik atau anak ramai diberi bantuan, jadi kebajikan rakyat terjaga dan inilah negara kebajikan.

"Rakyat yang memerlukan bantuan sama ada JKM, bantuan persekolahan,
biasiswa, ini tanggungjawab kita yang kita akan teruskan walau apa sekalipun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment