My Add

Saturday 2 February 2013

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.6 gegar Kepulauan Solomon

SYDNEY, SABTU, 02 Februari, 2013: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.6 mengegarkan Kepulauan Solomon hari ini, bagaimanapun, tiada laporan kerosakan diterima dan tiada ancaman tsunami susulan kejadian itu.

Jabatan Geosains Australia berkata, gempa bumi itu melanda berdekatan kepulauan Santa Cruz, iaitu kira-kira 623 kilometer dari ibu kota Honiara dan disusuli dengan beberapa gegaran kecil, lapor AP.

Sementara itu, Jabatan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, ukuran gegaran awal dicatatkan pada 6.7 magnitud, tetapi selepas dinilai semula ia bermagnitud 6.3 pada kedalaman 19 kilometer.

Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda Taiwan

TAIPEI: Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda wilayah timur Taiwan hari ini, di mana tiada laporan kerosakan dan kematian diterima setakat ini, kata Pusat Seismologi Taiwan, sebentar tadi.

Pusat itu berkata, gempa bumi terbabit turut dirasai di ibu kota Taipei, di wilayah utara negara itu, iaitu 46.9 kilometer pesisir pantai tenggara Hualien.

Katanya, kejadian yang melanda jam 11.39 pagi (waktu tempatan) dicatatkan pada kedalaman 16.9 kilometer di dasar laut. - AFP

No comments:

Post a Comment