My Add

Wednesday 6 February 2013

Golongan profesional pemacu proses transformasi negara - Muhyiddin

GEORGE TOWN, SELASA, 05 Februari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumbangan daripada golongan profesional penting dalam usaha memacu kemajuan negara ke satu tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.

Beliau berkata, golongan profesional yang merupakan tulang belakang kepada pencapaian sasaran negara maju pada tahun 2020, juga berperanan sebagai penggerak utama proses transformasi negara.

"Banyak lagi yang perlu diteroka dengan lebih mendalam untuk menambah baik segala langkah yang diambil.

"Perjalanan transformasi ini adalah untuk sampai ke destinasi yang ditentukan oleh kita semua," katanya dalam ucaptama pada majlis dialog bersama golongan profesional yang bertemakan The Transformation Journey di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Seramai 700 orang golongan profesional dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan hadir pada majlis itu. Tturut hadir ialah Menteri di Jabatana Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Naib Censelor USM, Prof. Datuk Dr. Omar Osman.

Beliau turut menegaskan bahawa masa depan generasi akan datang adalah bergantung kepada keputusan yang dibuat ketika ini.

"Golongan profesional perlu memainkan peranan penting dan harap golongan ini dapat memberi sumbangan untuk terus meneroka lebih mendalam bagi kesejahteraan rakyat di masa hadapan," katanya.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa kerajaan sentiasa berpegang kepada janji dan mementingkan kesejahteraan hidup rakyat.

"Kita perlu sentiasa fokus kepada sasaran kita untuk mencapai sebuah negara maju, pada masa yang sama tanggungjawab kerajaan juga adalah untuk menjadi sebuah kerajaan yang boleh dipercayai serta memenuhi janji yang dibuat," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment