My Add

Saturday 16 February 2013

Hampir 10,000 hadir sambutan Tahun Baharu Cina Perak

GOPENG, SABTU, 16 Februari, 2013: Suasana meriah di Kampung Baru Kopisan di sini, apabila hampir 10,000 masyarakat daripada pelbagai kaum menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak hari ini.

Berangkat pada majlis itu Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bersama isteri Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha; Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek; dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Majlis bermula 10 pagi tadi diserikan dengan persembahan nyanyian artis terkenal tanah air Shila Amzah yang mendendangkan lima buah lagu.

Persembahan tarian kesenian dan kebudayaan turut diadakan termasuk tarian 1Malaysia, tarian naga dan gendang Cina. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment