My Add

Saturday 16 February 2013

Balak: Tindakan Kerajaan Pas Kedah minta pampasan RM100 juta tak logik

ALOR SETAR, SABTU, 16 Februari, 2013; Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan kerajaan Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri ini tidak dilakukan, sebagai tidak logik.

Timbalan Perdana Menteri berkata, masalah penebangan balak oleh kerajaan negeri yang melibatkan kawasan tadahan air telah dilakukan dan kini mereka meminta pampasan daripada kerajaan pusat.

" Perkara ini (pembalakan) dah berlaku begitu, mana ada cerita pampasan.

Kawasan tanah (milik) dia, balak dia dah ambil, sekarang minta kerajaan pusat beri RM100 juta," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung di sini hari ini.

Rabu lepas, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika meminta kerajaan pusat membayar pampasan itu berkata, pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.

“Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta...hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," kata Azizan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment