My Add

Thursday 7 February 2013

Ibu tunggal, anak lelaki tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar

BANDAR BAHARU, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Seorang ibu tunggal bersama anak lelakinya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang mereka diami di Kampung Teluk Sira, dekat sini hangus dalam kebakaran semalam.

Ketika kejadian, Che Ama Sonan, 52, dan anaknya Mohamad Firdaus Razali, 16, sedang tidur di ruang tengah rumah itu.

"Saya tersedar apabila tersedak dan mendapati asap berkepul-kepul dalam rumah...dalam keadaan gelap itu saya bangunkan anak saya dan kami sempat lari keluar rumah menyelamatkan diri dan teriak (menjerit) minta tolong jira-jiran," katanya ketika ditemui di sini.

Che Ama menetap di rumah milik kakaknya Che Ngah Sonan, 56, sejak 2002 lalu selepas kematian suaminya Razali Shaari, seorang anggota polis, akibat sakit paru-paru.

Che Ama dan anak lelakinya kini menumpang di rumah abangnya Rashid Sonan yang terletak di seberang jalan hadapan rumah yang terbakar itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment