My Add

Thursday 7 February 2013

SPP1M cerminkan semangat 1Malaysia-Pekadin

KOTA KINABALU, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menyifatkan pelancaran Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) kena pada masanya dan mencerminkan semangat 1Malaysia.

Naib Presiden Pekadin, Simon Molubi berkata SPP1M menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ikhlas dalam mentransformasikan pendidikan tinggi di negara ini dengan menjadikannya boleh akses kepada semua tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan.

"Saya percaya kebanyakan rakyat, terutama ibu bapa, gembira dengan pelaksanaan SPP1M ini sebagai tambahan kepada skim PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

"Perdana menteri kita memang mendengar keluhan dan kehendak ibu bapa serta pelajar. Pekadin berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan pendidikan ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment