My Add

Monday 4 February 2013

Israel guna bom tangan

*ASKAR Israel mengacukan senjata api kepada dua orang penduduk Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan membantah projek penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, kelmarin. - AFP

BURIN, Tebing Barat, AHAD, 03 Februari, 2013: Askar Israel didakwa menggunakan gas pemedih mata dan bom tangan bagi menyuraikan kira-kira 150 penduduk Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan kali ketiga bagi membantah rancangan Israel mahu membina penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Menurut saksi, penduduk Palestin dilaporkan cedera ringan ketika askar Israel meruntuhkan lebih sepuluh buah khemah dan pondok kecil yang dibina penduduk Palestin di wilayah Palestin yang diduduki Israel di utara Tebing Barat termasuk di perkampungan Burin.

Kejadian ini merupakan yang ketiga dalam beberapa minggu lalu, dalam usaha penduduk Palestin menggagalkan rancangan Israel untuk memperluaskan kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat. - Agensi

No comments:

Post a Comment