Lima suspek rogol tuntut dibicarakan
NEW DELH, AHAD, 03 Februari, 2013: Lima lelaki yang terlibat dalam kes rogol berkumpulan di India mengaku tidak bersalah, semalam atas tuduhan merogol dan membunuh seorang pelajar perubatan yang membangkitkan kemarahan di seluruh negara ini pada Disember lalu.
Perbicaraan kes itu akan berlangsung di sebuah mahkamah khas di New Delhi yang diwujudkan bagi mempercepatkan proses perbicaraan, manakala seorang lagi suspek dibicarakan di mahkamah juvenil kerana masih di bawah umur.
"Kelima-lima defenden mengaku tidak bersalah dan mahu perbicaraan diteruskan," kata peguam bela, V.K. Anand, di luar mahkamah.
Defenden diiringi kawalan ketat pasukan keselamatan memasuki bangunan mahkamah dengan tergesa-gesa dengan muka mereka ditutup dan hanya berada dalam bangunan itu selama 10 minit sebelum mereka dibawa keluar.
Perbicaraan kes itu akan bermula Selasa ini dengan mengemukakan bukti-bukti daripada saksi, kata Anand.
Beliau sebelum ini berkata, keputusan kes tersebut akan dilakukan secepat mungkin.
Kes rogol pelajar perubatan tersebut mencetuskan kemarahan ramai pihak di negara ini, termasuk gesaan beberapa menteri supaya undang-undang dipinda bagi mengenakan hukuman berat kepada perogol.
Satu panel yang dilantik kerajaan India menyarankan supaya undang-undang sedia ada dipinda selepas kematian pelajar tersebut, yang dijangka akan diluluskan Presiden India, Pranab Mukherjee seawal-awalnya hujung minggu ini.
Semalam, abang kepada mangsa rogol, memuji keputusan Kabinet dengan menggambarkan ia sebagai 'inisiatif' positif,' lapor akhbar Trust of India.
Di bawah perubahan undang-undang itu, hukuman minimum bagi kes rogol berkumpulan, rogol minor, rogol oleh polis atau pihak berkuasa selama 20 tahun, berbanding 10 tahun sebelum ini dan mungkin juga dikenakan hukuman penjara seumur hidup tanpa dibebaskan. - AFP
No comments:
Post a Comment