My Add

Saturday 16 February 2013

Israel setuju bayar pampasan kepada Banduan X

TEL AVIV, SABTU, 16 Februari, 2013: Israel bersetuju untuk membayar sejumlah wang kepada keluarga Ben Zygier, seorang banduan yang digelar ‘Banduan X’ yang dilaporkan menggantung dirinya semasa dipenjara di Israel, lapor harian Ha'aretz semalam.

Perjanjian pampasan telah dibuat enam minggu lalu, selepas siasatan dalaman di buat ke atas kematian Zygier yang menyatakan dia membunuh diri.

Berita tempatan Australia, ABC mendedahkan Selasa bahawa Zygier kelahiran Melbourne - Israel, didakwa bekerja untuk agensi perisikan Mossad Israel, telah dipenjarakan secara rahsia di Penjara Ayalon di tengah Israel, dan membunuh diri pada Disember 2010. - dpa

No comments:

Post a Comment