My Add

Friday 22 February 2013

Isu BR1M: Pemimpin harus tunjuk teladan yang baik

PASIR MAS: , JUMAAT, 22 Februari, 2013Seorang pemimpin harus menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat bagi mengelak disangka buruk, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Islam menganjurkan umatnya berkelakuan tertib dan menutur kata-kata sopan, sesuai dengan budaya masyarakat timur yang diamalkan sejak sekian lama.

"Pemimpin perlu bercakap perkara yang boleh menyatupadukan masyarakat, bukannya perkara yang boleh menimbulkan rasa marah dalam kalangan masyarakat," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Pada majlis itu, yang dihadiri kira-kira 1,000 orang daripada Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut merasmikan pejabat persatuan berkenaan.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang menyamakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.

Nik Aziz dilapor berkata, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama seperti ayam dan lembu yang akan menghampiri jika manusia memberi haiwan itu makanan kegemaran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment