My Add

Friday 22 February 2013

200 ahli Pas desak pimpinan tertinggi lucut jawatan Azizan

JERLUN, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Kepimpinan tertinggi Pas Pusat didesak supaya campur tangan dalam kemelut parti negeri dengan menolak kepimpinan serta melucutkan jawatan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Pas negeri.

Desakan itu disuarakan oleh kira-kira 200 ahli Pas membabitkan sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui satu demonstrasi yang diadakan di Megat Dewa, di sini bagi mendesak supaya Azizan berundur.

Ketua Penerangan Unit Peti Undi (UPU) Megat Dewa, Asri Ahmad, berkata kepimpinan tertinggi Pas Pusat termasuk Mursyidul AM Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat harus memecat Azizan dengan kadar segera berikutan Pesuruhjaya Tinggi PAS itu dikesan merosakkan dan mengkhianati perjuangan parti.

"Kita mahukan kepimpinan di Kedah ini dikembalikan kepada Dewan Ulama PAS seperti mana di Kelantan.

"Sekiranya kepimpinan tertinggi Pas Pusat gagal mendengar desakan kami, semua ahli Pas di 11 DUN bergolak ini tidak akan berputus asa untuk berhimpun lagi di satu tempat bagi terus mendesak pengunduran Azizan, " katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut diumumkan pada sidang media itu adalah penutupan lagi tiga UPU iaitu di Kampung Pering, Kuala Sanglang dan Megat Dewa. - BH

No comments:

Post a Comment