My Add

Monday 4 February 2013

Isu kalimah Allah: Ustaz Muda kecam Karpal, desak Pas nyata pendirian

KOTA BHARU, AHAD, 03 Februari, 2013: Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai bekas ahli-ahli Pas mengecam kedegilan DAP dalam isu kalimah Allah.

Seorang aktivis Ummati, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kedegilan Pengerusi DAP, Karpal Singh itu seolah-olah sengaja ingin mengundang ketegangan antara agama dalam negara ini.

"Sultan sudah membuat teguran dalam hal ini. Mufti juga sudah beri penerangan, malah Majlis Syura Ulama Pas sebagai salah satu badan tertinggi parti sekutunya telah membuat keputusan bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna pakai oleh agama lain. Tapi dia masih pertikai hak mutlak orang Islam.

"Ini menunjukkan mereka seolah-olah sengaja ingin mencetuskan perpecahan dalam kalangan penganut agama Islam dan Kristian khususnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment