My Add

Monday 4 February 2013

Jangan beri undi kepada Pas - CN Al-Afghani

SUNGAI PETANI , AHAD, 03 Februari, 2013: Seluruh ahli Pas diminta tidak lagi memberi sokongan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti kerana pemimpin atasannya didakwa telah melakukan kemungkaran dalam isu Amanat Haji Hadi dan kalimah Allah.

Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail atau CN Al-Afghani berkata, dalam tempoh kritikal di ambang Pilihan Raya Umum Ke-13 ketika ini, adalah wajar para pengundi bekerja keras memastikan semua calon pakatan pembangkang tewas dalam pilihan raya umum nanti.

“Harapan untuk hidup bahagia dan aman tidak mungkin menjadi kenyataan jika pemimpin Pas masih melakukan agenda tidak sihat dalam negara," katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai bukunya berjudul ‘Kafirkah Aku’ dalam Forum Islam dan Keamanan di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH) di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment